29 November, 2010

Just the beginning

Hey what's up guys? So saya nak mulakan menulis blog ini. Blog ini akan memasukkan benda2 yang sudah saya ajarkan di Facebook dengan Twitter. Saya berharap blog ini akan menyusun benda2 tu dengan lebih baik sebagai reference bagi korang yang mahu ulang kaji. Ok, jomlah, kita belajar dari yang pertama.

Pengajaran 1.

Situasinya: Dua orang. Tak kira kalau lelaki ke perempuan.
A: "Hey, what's up?"
B: "Nothin."

Ayat ini adalah ayat2 yang saya ajar dalam video pertama saya. Memang boleh digunkan seperti ini tapi semasa saya tengah merakam video ini, saya cepat2 fikir apa nak ajar kepada orang Malaysia. Saya dengan Joey tercipta cara ini dengan terlalu cepat. Pada masa tu, saya mahu kasi ayat itu ringkas dan mudah. Itulah cara yang paling senang. Tapi kalau betul2 cara biasa bagi saya, cakap macam ini:

A:"Hey, what's up?"
B:"Hey."

Kamu tak semestinya jawab dengan "nothin" atau "not much". Memang boleh kalau mahu tapi cara biasa bagi saya begitu. Kalau mahu panjangkan konversasi kamu dengan orang lain tu, cakap macam ini:

A:"Hey, what's up?"
B:"Not much, just watching some TV. What are you up to?"
A:"Well I'm just headin to the store real quick."
B:"Alright, well see ya later."
A:"See ya"

Contoh ini menyentuh sedikit dengan pengajaran lain saya. Orang A dengan B cakap "see ya". "See ya" ngan "See ya later" bermaksud "Bye". Kedua-dua ini boleh digunapakai pada bila2 kamu nak jalan. "see ya" ~= "jalan dulu eh".