21 April, 2011

Pelajaran Slang America: November 2010

Tahu tak maksud ayat ni:'Do you get it?' 'get it' bermaksud 'faham'. Tapi kalau cakap,'Get me one' maksudnya 'ambil saya satu'. Belajar ni... lah

Kalau cakap ini: "I'm boring lah," maksudnya "saya membosankan" bukan "saya berasa bosan". jadi, cakap ini: "I'm bored." Baru ada BI yg baik

yang mana ayat betul: "I'm taller thAn you" atau "I'm taller thEn you"...? Apabila membandingkan, guna 'thAn', bukan 'thEn'...=-)

Beberapa cara bercakap goodbye: 'See ya later', 'See ya', 'Later', 'Talk to ya later', dan 'Bye'. Kalau ada dua lelaki, boleh cakap, 'Peace out' atau 'Peace'.

Kelas malam: 'what's up?' tak perlu dibalaskan dgn 'nothin'. kamu boleh cakap 'hi' atau 'hey' saja untuk jawab. Cara ni biasa bagi saya =-)

Biasanya cuma lelaki yg guna 'dude' dgn kawan2 rapat dia. Jangan guna 'dude' dgn seseorang yg kamu baru kenal. Kalau baru kenal, guna 'man'. Contoh:'Whats up man?" Ladies: jangan guna 'dude' atau 'man' saja... don't ask me why. Macam tu saja haha

Pelajaran baru: kat USA, kami sebut "you're" dan "your" seperti "yer". Jangan lupa menyebut huruf R dgn kuat. contoh: "What's yer name?" Nanti saya nak jelaskan dalam video

Saya "pulled an all nighter". Itu bermaksud tak tidur sepanjang malam dengan sengaja


-Ben Bradshaw. Nov 2010.

06 December, 2010

Next:

Ok, pengajaran yang seterusnya, ayat2 perkenalan yang lain.

What's up?
Sup?
How are you?
How are ya?
How ya doing?
How ya doin?
What's going on?
What's goin on?
What's happenin?
Hey.
Hello.

Semua ayat ini boleh digunakan pada apabila kamu berjumpu dengan seseorang yang dikenali ke tak dikenali kamu. Biasanya ayat2 tu digunakan dengan orang yang lebih kurang umur sama kamu.




29 November, 2010

Just the beginning

Hey what's up guys? So saya nak mulakan menulis blog ini. Blog ini akan memasukkan benda2 yang sudah saya ajarkan di Facebook dengan Twitter. Saya berharap blog ini akan menyusun benda2 tu dengan lebih baik sebagai reference bagi korang yang mahu ulang kaji. Ok, jomlah, kita belajar dari yang pertama.

Pengajaran 1.

Situasinya: Dua orang. Tak kira kalau lelaki ke perempuan.
A: "Hey, what's up?"
B: "Nothin."

Ayat ini adalah ayat2 yang saya ajar dalam video pertama saya. Memang boleh digunkan seperti ini tapi semasa saya tengah merakam video ini, saya cepat2 fikir apa nak ajar kepada orang Malaysia. Saya dengan Joey tercipta cara ini dengan terlalu cepat. Pada masa tu, saya mahu kasi ayat itu ringkas dan mudah. Itulah cara yang paling senang. Tapi kalau betul2 cara biasa bagi saya, cakap macam ini:

A:"Hey, what's up?"
B:"Hey."

Kamu tak semestinya jawab dengan "nothin" atau "not much". Memang boleh kalau mahu tapi cara biasa bagi saya begitu. Kalau mahu panjangkan konversasi kamu dengan orang lain tu, cakap macam ini:

A:"Hey, what's up?"
B:"Not much, just watching some TV. What are you up to?"
A:"Well I'm just headin to the store real quick."
B:"Alright, well see ya later."
A:"See ya"

Contoh ini menyentuh sedikit dengan pengajaran lain saya. Orang A dengan B cakap "see ya". "See ya" ngan "See ya later" bermaksud "Bye". Kedua-dua ini boleh digunapakai pada bila2 kamu nak jalan. "see ya" ~= "jalan dulu eh".