21 April, 2011

Pelajaran Slang America: November 2010

Tahu tak maksud ayat ni:'Do you get it?' 'get it' bermaksud 'faham'. Tapi kalau cakap,'Get me one' maksudnya 'ambil saya satu'. Belajar ni... lah

Kalau cakap ini: "I'm boring lah," maksudnya "saya membosankan" bukan "saya berasa bosan". jadi, cakap ini: "I'm bored." Baru ada BI yg baik

yang mana ayat betul: "I'm taller thAn you" atau "I'm taller thEn you"...? Apabila membandingkan, guna 'thAn', bukan 'thEn'...=-)

Beberapa cara bercakap goodbye: 'See ya later', 'See ya', 'Later', 'Talk to ya later', dan 'Bye'. Kalau ada dua lelaki, boleh cakap, 'Peace out' atau 'Peace'.

Kelas malam: 'what's up?' tak perlu dibalaskan dgn 'nothin'. kamu boleh cakap 'hi' atau 'hey' saja untuk jawab. Cara ni biasa bagi saya =-)

Biasanya cuma lelaki yg guna 'dude' dgn kawan2 rapat dia. Jangan guna 'dude' dgn seseorang yg kamu baru kenal. Kalau baru kenal, guna 'man'. Contoh:'Whats up man?" Ladies: jangan guna 'dude' atau 'man' saja... don't ask me why. Macam tu saja haha

Pelajaran baru: kat USA, kami sebut "you're" dan "your" seperti "yer". Jangan lupa menyebut huruf R dgn kuat. contoh: "What's yer name?" Nanti saya nak jelaskan dalam video

Saya "pulled an all nighter". Itu bermaksud tak tidur sepanjang malam dengan sengaja


-Ben Bradshaw. Nov 2010.

6 comments:

  1. ahha. best !! terima kasih Ben.. :D

    ReplyDelete
  2. Bagus la ben. Can't wait for more...;-)

    ReplyDelete
  3. am I too late to learn? sedang belajar bahasa iban n try kelakar sarawak.. not that fluent but oklah.. asalkan ada urang yang paham pa kamek madah ok kan?

    ReplyDelete
  4. Macam mana pula dengan just cut it of adakah sama dgn means just skip it?

    ReplyDelete